Saturday, March 19, 2011

Makan hati dengan Pembantu Rumah

Sy dibesarkan dengan pembantu rumah dari Indonesia, tapi dia bukan pembantu biasa, dah macam family sendiri, dari saya darjah 4 sampai 22 tahun dia keja dengan mak saya… lepas tu dia balik lah.. dia pun ada anak jugak, siap boleh buat rumah batu lagi kat kampong dia, kelas tak? Lepas dia balik, tak payah cakap lah bersilih ganti orang gaji yang dating rumah, mak ayah saya kerja, atuk nenek dah uzur so memang kena ada orang dirumah nak tengok2kan mereka, tak boleh tinggal rumah kosong, yelah memandangkan kami adik beradik semua kat luar kuantan kerja and belajar… orang first nama dia Zahra…pelik sikit, kuat mengelamun. Ada sekali jumpa dia kat tepi jalan duduk sorang2. Kadang2 jumpa kat lantai pengsan. Bawak jumpa dr, Dr cakap ok je…hemm tukar je la maid…lepas tu Kak Nor, tak sampai 20am dia ok lah tapi selalu curi tulang, masak pun tak pandai..kalau tak suruh takkan buat, cukup 2 tahun nak balik… masa dia balik… habis lesap barang kemas mak… nasib baik bukan semua.. lepas tu tak berapa ingat ada la tukar 2-3 kali orang tapi semua tak leh buat kerja, sakitlah, uzurla… so tukar hantar balik, ambil yang muda, lini namanya, macam comel la dlm 20an tapi bahaya. Kuat sangat menipu,ada sekali tangkap dia bawak masuk laki indon yang keja kat construction belakang rumah kat bilik saya. Bilik aku ko bawak masuk? Nasib baik aku takde kalau tak aku sekeh kau… lepas tu bawak balai, nak hantar dia balik, dia lari. Tukar lagi maid lain. Yang ni dalam umur 30an. Pakai tudung, solat kadang2 ye kadang2 ntah… cakap macam ustazah.. ada sekali Nampak dia guna penyapu lantai sapu meja makan. Ape kes??? Silap2 dalam makanan pun dia ludah, so hantar dia balik….. tukar dengan sorang makcik ni, dekat 40an, dia ok, baik, kerja rajin, Cuma tak pandai, medical checkup dia tak lepas, katanya ada problem ngan jantung… kena tukar lagi….. yang sekarang ni halimah namanya… degil, tapi mak biar je as long as dia jaga nenek, atuk pun dah takda, senang la keja halimah ni… masak je.. kemas rumah pun tak buat, kadang2 jadi batu api menyebabkan saudara2 bergaduh. Stress jugak..bestnya kalau makcik yang dulu ada lagi. Memang bekeng, tapi baik hati, cermat. Susah nak cari maid macam tu……kan?
Kakak saya no 1 ade maid, ada baby, laki bini keja, ada sekali diaorg balik keja, pintu tak kunci, maid dah lari tinggal baby, nasib baik baby tido, kalau jaga jatuh katil ke? Ape2 ke? Baru 6 bulan baby tu…nasib baik tak bawak lari! Sekarang maid no 2 dia, rumah pasang CCTV. Nampak jugak maid tu makan sepinggan makanan baby.. minum secawan… sapu sampah pun sapu bawah carpet je.. hangin tak? Rumah apartment apela ko malas sangat…..
Kakak saya no 2 takde maid, baby dia dijaga mentua,… untunglahhh duduk ngan mentua… Tapi bila dah besar skit hantar nursery… yelah terus la selalu jatuh sakit… mana taknya campur ngn baby2 lain. Kalau time makan semua share satu sudu. Sorang demam semua la demam. Bila baby sakit, mak pun sakit la, terganggu keja kena cuti, nak2 bila baby kena tahan hospital…. Mula lah effect prestasi keja..
Setakat ni rumah saya takde maid. Maklumlah 2 orang je, duduk pun apartment. Tapi kadang2 terpikir jugak nak ambil satu hari nanti bila ada anak, tapi dengar cerita satu kerja RM500? Kalau masak, basuh baju, kemas rumah, jaga baby= RM2000? Pegh, banyak cantek muka dia. Sape punya idea la.. Aku degree dulu baru keluar keja pun gaji RM2000, itupun kawan2 ramai yang RM1600. Aku rasa orang gaji Rosmah tak sampai RM1000. Rumah besar macam satu kampong aku. Ini apartment yang besar bilik tidur Rosmah ni nak gaji RM2000? Ni yang buat panas ni……..

No comments:

Post a Comment