Wednesday, April 11, 2012

Pantang larang Masa Mengandung?

Pantang ape nih ? makan? Hmm orang kata takleh makan nenas, buah2 masam, tapi kalau nak tau masa sy pregnant bulan pertama (masa tu tak tau lagi) tiap2 hari saya minum jus nanas. Hebat? Hahaha
Bila dah tau tu mengucap panjang menyesal minum… tapi tula bak kata orang tak tau takpe lah.. hehe
Kalau Chinese, diaorg tak bagi makan durian, panas badan, masa tu pun saya tak tau saya sental durian sejibi kat kampong, sedap sangat… tapi mula la perut tak selesa, tapi tau la kalau tak pregnant pun makan durian banyak2 still badan panas tak selesa. Kalau mat saleh dia cakap very good! Durian banyak vitamin ok yang bagus untuk ibu mengandung dan bayi!
Sebenarnya, dari segi makan ni tak perlu la beriya pantang, orang cakap minum soya hari2 anak putih la.. tapi bila keluar tak putih-putih pun. Sahla ikut genetic mak ayah kan! Dalam Islam kan dah terang2 cakap apa kita buat kena bersederhana (peringatan untuk diri sendiri jugak) makan tu makan sederhana, (bukan makan sikit ye) I mean jangan sampai obsess makan satu jenis makanan je!
Bestfriend saya, kakak dia pregnant, saya Tanya kena makan vitamin ape2 tak, tak langsung. Haaa tengok! Doctor sendiri pun tak telan pil2 ni kan orang biasa pegi klinik segala jenis pill dr bagi, last2 baby overweight mak pun overweight mula la darah tinggi kencing manis…. Last2 dr salahkan sape? Ibu ngandung jugak…. Tu yang banyak kes caesarean sebab baby besar tak boleh keluar…. And pil2 multivitamin ni actually tak elok untuk hati dan buah pinggang… memang lah bila makan kita bertenaga tapi kalau orang yang tak cerewet makan tu, makan lah buah, sayur banyak2 sebagai alternative pil2.. kan lagi sihat…
Ada jugak terbaca panduan makanan dalam Islam untuk ibu mengandung..
1) Makan buah delima
2) Makan buah kurma, rumah yang tak ada kurma seperti rumah yang tiada makanan!
3) Susu
4) Tembikai (apa2 jenis tembikai)
5) Badam
Ada artikel ni kalau nak anak yang dengar cakap bak kata orang Kelantan juruh… banyakkan baca yassin and beberapa surah….in one case ni.. mak berenti keja 2 tahun semata-mata nak susukan anak! J hebatkan? Bukan tu aje, si suami pun kena membantu masa menyusu, tengah malam sewaktu ibu menyusu, si suami bolehla meneman, letak bantal belakang isteri supaya isteri selesa semasa menyusu.
Dalam facebook Wardina Saffiyah pernah terbaca kenapa anak2 yahudi pandai… nak anak2 pandai? Jadi ibu mengandung kena banyak makan kurma dengan susu, badam, kekacang, (soya takdepun dalam list hokey) Lepas tu mak masa mengandung belajar main piano and violin! Ayah pulak sibuk buat buku matematik dan Sudoku! Hmm, contoh paling dekat lah, kakak saya suka dengar lagu and berjoget masa dia pregnant, anak dia pewiiiit pandai bergelek ngan mak yong, tak payah ajar! Hahaha nasib baik la comel dia bergelek ngan pampers kalau takkkkk grrr…..
Pantang larang…jangan biar india lalu belakang ibu mengandung, nanti anak keluar macam tu? Hahah penah dengar? Khurafat okaaaaay..Jangan bunuh binatang kalau pijak penyet nanti anak keluar penyet… habistu kalau cicak cemana? Kalau macam bunuh dalam ertikata sembelih untuk makan tu takpe la tapi logiknya kalau pegi saja2 memburu sebab hobi.. memang berdosa ape sebab kita dah seksa binatang. Saya pernah tanya ustazah masa sekolah, Form 5 kalau tak silap “ Ustazah, betul ke potong kuku lepas maghrib pendek umur” Ustazah gelak, “Kalau awak percaya, jadilah” maknanya, kata-kata tu satu doa, kita orang melayu memanglah penuh dgn adat pantang larang, semua cakap nak berlapik. tapi kan kita ada akal yang Allah dah kurnia. Orang zaman dulu takde lampu, pakai pelita, kang terpotong luka jari kan susah, so bahasa berlapik supaya budak2 tak potong kuku malam camtu lah…….. dulu sy percaya bila orang cakap tangkap gambar kucing mati cepat, sebab kucing2 sy mati semua lepas amik gambar… lepas ustazah cakap camtu, saya sedar semua tu kurafat… sekarang berates gambar dah simpan takde masalah pun J agaknya bila dah percaya sangat, Allah bagi je lah…. :P

No comments:

Post a Comment